Portal berita terbaik anda

Politik

Tak rasmi: BN menang PRK Semenyih

Berdasarkan kiraan terkini, calon BN, Zakaria Hanafi menang PRK Semenyih menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

BN setakat ini mendapat 49.98 peratus undi, diikuti PH dengan 45.97 peratus, PSM (2.22 peratus) dan Kuan Chee Heng (1.82 peratus).

Berbaki satu lagi PDM Bandar Tasik Kesuma yang belum mengesahkan keputusannya, BN dijangka menang PRK ini.

Anggaran peratusan keluar mengundi pula pada kadar 73 peratus. Ia kadar tertinggi dalam enam PRK yang diadakan selepas 9 Mei.

Tak rasmi: BN catat kemenangan kedua

BN berjaya merampas kerusi DUN Semenyih, menurut kiraan berdasarkan keputusan tak rasmi.

Kemenangan itu adalah pertukaran kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum 9 Mei 2018.

Sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 dimenangi parti penyandang.

Ia juga merupakan kemenangan kedua BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14.

Setakat 8.20 malam ini, calon BN Zakaria Hanafi mendapat 18,864 iaitu kira-kira 49.98 peratus daripada keseluruhan undi.

Jumlah itu adalah lebih separuh daripada keseluruhan undi, berdasarkan peratusan keluar mengundi 73.3 peratus.

Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali mendapat 17,350 undi.

Dengan kemenangan ini, BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.

Loading...

Leave a Reply