Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Tak rasmi: BN hancurkan PH di Tanjung Piai

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng secara tidak rasmi berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas memperoleh majoriti hampir 12,000 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, hari ini, setakat 8 malam ini.

Jeck Seng yang mengumpul mengumpul 22,508 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini yang memperoleh 9,024 undi (setakat 8 malam).

BN kini di landasan tepat untuk merampas kerusi parlimen itu memandangkan peratusan pengundi 75 peratus hari ini menyaksikan 39,739 pengundi turun daripada keseluruhan 52,471 pengundi berdaftar.

Parlimen Tanjung Piai sebelum ini dikuasai PH dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Jeck Seng yang ketika itu memperoleh 20,731 undi, tewas kepada calon PH, Farid Rafik yang mendapat 21,255, manakala calon PAS, Nordin Othman dalam pertandingan tiga penjuru itu, memperoleh 2,962 undi.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén