Portal berita terbaik anda

Viral

Tak pernah datang haid seumur hidup, wanita tanpa rahim syukur bergelar ibu

Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauster (MRKH) pastinya jarang kita dengari. Wanita yang menghidapnya tidak berkeupayaan untuk mengandung memandangkan mereka dilahirkan tanpa laluan vagina dan rahim.

Walaupun berdepan ujian yang hebat, tetapi itulah yang perlu seorang penghidap MRKH di Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan nama Wani Ardy, 35.

Hanya satu daripada 5,000 wanita mengalami MRKH

Kisah ketabahan Wani Ardy pernah viral sekaligus membuka mata ramai mengenai kewujudan sindrom yang dihidapi satu daripada 5,000 wanita  di dunia.

Selain gagal hamil dan kesukaran dalam hubungan kelamin, golongan ini turut mengalami masalah buah pinggang, tulang dan pendengaran.

Umur 17 tahun masih tak datang bulan

Bersempena Hari Ibu, Wani sempat juga mencoretkan nukilan yang sungguh mendalam maknanya menerusi Twitter.


Menurut Wani, ketika remaja dia mempunyai satu hobi iaitu membelek buku himpunan nama bayi dan menyimpan angan-angan mahu memberikan nama tersebut kepada zuriatnya kelak.

Namun sudah ketentuan Ilahi, dia disahkan mengalami sindrom ketika berusia 17 tahun apabila masih tidak datang bulan.

Selama ni tak terfikir dapat peluang jadi mak

Walaupun tidak berkesempatan merasai sendiri nikmat hamil dan melahirkan, dia sangat bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang anak bernama Ikhlas yang kini berusia enam tahun.

Menurut Wani, dia mendapat amanah untuk membesarkan anaknya itu sejak usianya masih kecil.

“Saya namakan dia Ikhlas kerana saya berdoa agar dia ikhlas menyayangi saya demi Allah, sebagaimana saya juga ikhlas menyayanginya demi Allah.

“Ikhlas mungkin tidak lahir dari rahim saya, tetapi dia lahir dari hati dan doa saya,” katanya.

Loading...

Leave a Reply