Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Tak mampu beli susu, bayi 14 bulan diberi lima cawan kopi sehari

SETIAP kanak-kanak memerlukan makanan dan sumber nutrisi yang berkhasiat untuk tumbesaran mereka.

Jika ibu bapa membiarkan anak-anak mengambil makanan kegemaran mereka secara berlebihan, ia boleh beri kesan buruk pada kesihatan mereka.

Di Sulawesi Barat, Indonesia, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan diberi lima cawan kopi sehari dan mula minum kopi sejak usia 6 bulan lagi kerana kesempitan hidup dan ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu.

Meskipun minum kopi, tumbesaran bayi tersebut sama seperti bayi normal lain. Malah, bayi perempuan diberi nama Hadijah itu tergolong anak hiperaktif.

Pada usia 14 bulan, Hadijah sudah boleh berjalan sendiri dan aktif bermain bersama bayi sebayanya. Ibu bapanya mengakui mereka tidak dapat tidur yang cukup kerana anaknya yang sangat aktif.

Ibunya, Anita mengaku kerap memberikan kopi kepada anaknya kerana tidak mampu membeli susu.

Gaji Rp 20.000 (RM5.95) sebagai buruh kupas kelapa bersama suaminya, hanya cukup untuk memenuhi keperluan dapur keluarga kecilnya.

Kisah Hadijah tular di media sosial dan mendapat perhatian Kabid Bina Kesehatan Masyarakat Dinas Kesehatan Polman yang mengunjungi bayi tersebut dan menyumbangkan sedikit barangan keperluan seperti biskut dan susu.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén