Portal berita terbaik anda

Hiburan

Tak malu berniaga tepi jalan, Amir Raja Lawak syukur air jagung laku!

Walaupun agak letih menjalani ibadah puasa, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak tetap meneruskan perniagaan Air Jagung Amirreka yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Tinjauan di laman Instagram miliknya mendapati, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi turut melakukan ‘Cash On Delivery’ (COD) untuk pelanggan yang ingin membeli.

 

View this post on Instagram

 

C.O.D @airjagungamirreka_hq #AirJagung #AirJagungAmirreka

A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak) on

Dengan hanya sekadar ‘suka-suka’ pada mulanya untuk berniaga, jualan minuman berharga RM5 sebotol itu mendapat sambutan dan permintaan tinggi di kalangan penduduk sekitar kawasan Selangor.

Demi mencari pendapatan halal, rata-rata pengikutnya mendoakan supaya pelawak berusia 31 tahun itu sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagaan tersebut bertambah maju.

Loading...

Leave a Reply