Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Tak hirau wabak koronavirus, lelaki China ini telan anak tikus hidup-hidup

Di kala ramai yang menyuarakan kebimbangan dengan penularan wabak koronavirus di China sehingga merebak ke beberapa negara lain, masih ada individu yang sanggup menikmati hidangan eksotik yang dilaporkan antara penyebab kepada kewujudan virus tersebut.

Jika sebelum ini viral gambar Instafamous makan hidangan sup burung kelawar, kini viral pula video seorang lelaki menelan anak-anak tikus yang baru dilahirkan sambil minum minuman keras.

Twitter Free With HongKong juga memuat naik gambar beberapa wanita makan burung kelawar.

Berdasarkan video itu, lelaki terbabit dengan selamba mengunyah anak-anak tikus yang masih hidup itu.

Video itu terlalu jijik untuk ditonton, apatah lagi mereka sanggup makan makanan pelik itu di kala negara mereka sendiri dilanda wabak koronavirus.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén