Tak guna punya bapa saudara…

0
3658

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tergamak menjadikan anak saudaranya yang berusia 14 tahun sebagai mangsa serangan seksual selepas memaksa gadis itu memegang kemaluannya, dalam kejadian di Kuala Nerus pada Isnin lalu.

Menurut sumber, semasa kejadian, mangsa tinggal berseorangan di rumah manakala semua ahli keluarganya pergi melawat isteri suspek sebelum didatangi suspek kira-kira jam 9.30 malam.

“Setibanya di rumah itu, suspek yang berusia 20-an itu memberi alasan mahu memberi barang kepada ibu mangsa dan remaja tersebut tanpa sebarang syak, membenarkan lelaki tersebut masuk ke dalam rumah.

“Suspek bertindak mengambil sehelai kain dan terus menutup mulut mangsa sebelum menolak remaja itu ke sofa yang ada di ruang tamu selain turut mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya berbuat bising dan seterusnya memaksa remaja itu memegang kemaluannya,” katanya.

Jelas sumber, mangsa bagaimanapun enggan menuruti kemahuan suspek tetapi akhirnya terpaksa akur sebelum suspek beredar meninggalkan dia berseorangan di rumah.

“Mangsa yang ketakutan terus keluar dari rumahnya dan menghubungi bapanya.

“Susulan itu juga, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gong Badak, Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14( B) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here