Portal berita terbaik anda

Utama

Tak balik makan tengah hari, pemuda ditemukan lemas di sawah

YAN – Pemuda ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di kawasan sawah di Kuala Sungai Daun di sini semalam.

Mohammad Hafizuddin Rosli, 27, ditemukan lemas oleh penduduk kampung yang membantu mencarinya selepas tidak pulang ke rumah pada pukul pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam air sawah sedalam 0.3 meter.

Malah, katanya, enjin mesin penyembur racun yang berada di sisinya juga masih hidup.

“Mangsa mengambil upah menyembur racun dan keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi.

“Mangsa sepatutnya pulang ke rumah pada waktu tengah hari tetapi tidak kelihatan sebelum ahli keluarga dan penduduk kampung mencarinya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dan pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui kesan kecederaan di badan.

Shahnaz berkata, Mohammad Hafizuddin dipercayai rebah semasa menyembur racun dan mangsa difahamkan tidak mempunyai rekod mengidap penyakit kronik.

Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan keputusan perubatan mendapati sebab kematian mangsa kerana lemas.

Beliau berkata, kes itu dikelasifikasikan sebagai mati mengejut. -UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply