Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Taikun pro-DAP dikecam kerana kata tentera hanya ‘makan dan tidur’

AHLI perniagaan pro-DAP, Koon Yew Yin dikecam hebat oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang mendakwa anggota tentera di negara ini hanya ‘makan dan tidur.

Pemimpin pembangkang dan NGO menyelar kenyataan jutawan berkenaan yang disifatkan sebagai menghina pasukan angkatan tentera Malaysia (ATM).

Susulan itu, Mejar (B) Razali Zakaria yang mewakili Gerakan Memartabat Pejuang Negara hari ini membuat laporan polis terhadap Koon di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Dalam laporan polis itu, Razali mendakwa Koon telah mencabar profesionalisme dan kredibiliti angkatan tentera dan menyemai kebencian terhadap pasukan itu.

Semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan berkata, kenyataan Koon adalah satu penghinaan kepada seluruh angkatan tentera.

“Ini adalah contoh bagaimana seorang yang telah hidup kaya dan hidup selesa memperlekeh serta menghina kerja mulia anggota tentera yang sentiasa bersedia mempertahankan negara jika berlakunya apa-apa risiko keselamatan,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PSM Sharan Raj berkata Koon perlu memohon maaf kerana kenyataan biadab tersebut.

Koon telah membuat kenyataan berkenaan menerusi blognya semalam bertajuk: “Cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita”.

Dalam tulisan tersebut beliau berkata ramai anggota tentera hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak.

Beliau juga mencadangkan agar anggota tentera dihantar untuk bertugas ke ladang-ladang Felda.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén