‘Tahun depan kita naik pelamin, mak ayah dah tanya’

138

Semalam, Coach Yin ada memuat naik foto ‘Instagram Best Nine’ yang mana kebanyakan fotonya bersama usahawan kosmetik Nur Sajat antara yang paling menerima banyak like di Instagram.

Menerusi gambar tersebut, turut disertakan kepsyen romantis Coach Yin buat kekasihnya.

Coach Yin memberitahu banyak kenangan-kenangan indah bersama Sajat sepanjang tahun 2018 dan berharap lebih banyak lagi kenangan tercipta antara mereka untuk tahun 2019.

Coach Yin turut mengucapkan kata cinta buat Nur Sajat.

Menerusi ruangan komen, Sajat dilihat membalas ucapan cinta Coach Yin dan berharap agar mereka berdua segera naik pelamin.

Seperti sudah dijangka, di ruangan komen rata-rata netizen masih mempersoalkan isu jantina Sajat apabila nama lelakinya terdedah selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Ada yang mendoakan agar mereka segera berkahwin memandangkan sebelum ini Sajat memberitahu bahawa dia bakal berkahwin sejak tahun 2017 lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here