Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Tahi, air kencing lembu penawar koronavirus, kata ketua sami Hindu

BIAR betul! Tidak disahkan oleh mana-mana saintis di dunia yang masih mencari vaksin coronavirus tetapi Presiden Hindu Mahasabha, Sami Chakrapani Maharaj mencadangkan bahawa tahi dan air kencing lembu adalah penawar coronavirus.

Memetik laporan portal India TV, Chakrapani berkata, walapun bunyinya menjijikkan iaitu menggunakan tahi dan air kencing lembu sebagai kaedah rawatan tetapi penggunaan najis itu harus diiringi dengan upacara keagamaan yang dinamakan sebagai yagna.

Upacara yagna itu, menurut Chakrapani, boleh ‘membunuh’ novel coronavirus yang sedang melanda penduduk dunia hari ini.

“Minum air kencing lembu dan tahinya pula dilumur. Ia boleh menghentikan kesan jangkitan coronavirus.

“Pesakit juga perlu melalui upacara Om Namah Shivay ketika melumur tahi lembu ke tubuh,” kata Chakrapani.

Begitulah kaedah rawatan yang tidak masuk dek akal, cadangan oleh Sami Chakrapani.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan angka kematian yang disebabkan oleh coronavirus di China telah meningkat kepada 213 sejak semalam (Jumaat) dan 9,692 kes disahkan di 31 provinsi di China.

Penerbangan Air India juga akan memindahkan rakyat negara itu yang terkandas di Wuhan ekoran coronavirus. – SM

Loading...

1 Comment

  1. Nurulhuda

    Yakinya lhh🙄

Leave a Reply

Theme by Anders Norén