Portal berita terbaik anda

Hiburan

Syifa Melvin buat lawak rendahkan penduduk setinggan dan PPRT

Nama pelakon Syifa Melvin terus menjadi sebutan netizen apabila videonya didakwa memperlekehkan golongan bawahan tular di media sosial.

Menerusi video tutorial turban Syifa bersama seorang jurusolek, jelas kedengaran adik kepada Syatilla Melvin itu membandingkan gayanya dengan penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

“Kalau korang pakai ini, korang akan automatik nampak mahal walaupun duduk rumah setinggan, rumah PPRT (ketawa),” katanya.

Kemarahan netizen terus membara hingga ada yang mendesak pelakon yang dikaitkan dengan kontroversi cinta dengan pemain JDT, Safawi Rasid baru-baru ini untuk memohon maaf.

“Tapi kan… dulu family dia pun miskin,” tulis salah seorang pengguna di Twitter.

“Tak mengapa, sekarang memang berada dekat atas. Sampai satu tahap berubah 90 darjah, nah rumah setinggan itu lah yang hang cari untuk berteduh,” getus pengguna lain.

“Ramai je penghuni setinggan dapat pendidikan tinggi sampai PhD, bina hidup dengan kudrat dan semangat luar biasa. Mewah belum tentu dimuliakan Tuhan, miskin belum tentu dihinakan,” tulis pengacara popular Fedtri Yahya.

Video yang mulai tular di Twitter sejak petang Khamis itu telah ditonton lebih 500,000 kali.

Loading...

Leave a Reply