Kecewa berkali-kali ‘check’ tak hamil, wanita meraung akhirnya berbadan dua

Hampir berputus asa menantikan cahaya mata sulung, seorang wanita berkongsi pengalaman menerusi sebuah video di aplikasi TikTok dalam berhadapan cabaran tersebut sebelum disahkan berbadan dua.

Berkongsi kisah kepada mStar Online, Nur Syifa Majid yang berkahwin pada 2018 terpaksa menangguhkan hasrat untuk hamil selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada April 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selepas beberapa bulan bergantung kepada kerusi roda dan tongkat selain rawatan fisioterapi, keadaan wanita berusia 26 tahun itu kembali pulih dan meneruskan rancangan untuk menimang cahaya mata.

“Kami siap pergi honeymoon di Turki akhir 2019. Masuk tahun berikutnya saya mula panik setiap kali lewat datang bulan (haid) atau ada simptom seperti orang mengandung.

“Setiap bulan mesti check ujian kehamilan (UPT). Tapi bila dah masuk bulan Julai, saya makin panik sebab belum ada tanda-tanda hamil,” katanya.

Menurut wanita berasal dari Jitra itu, dia masih meletakkan harapan ketika menyambut hari lahir ke-25 pada 27 Oktober lalu disebabkan lewat datang bulan namun belum mempunyai rezeki.

“Saya sedih sangat, sampai nangis-nangis. Ikutkan tak nak ada sambutan hari jadi tapi keluarga dah buat, saya turutkan saja,” ujarnya sehingga mengambil keputusan untuk berhenti memeriksa ujian kehamilan.

Bagaimanapun, pembantu tadbir itu tergerak hati bagi menggunakan ujian kehamilan lagi selepas suaminya mengalami alahan seperti muntah, pening dan demam pada November lalu.

“Sehinggalah 1 Disember lalu selepas makan malam, sampai saja depan pintu pagar rumah, suami saya muntah-muntah. Saya pula masa tu terasa nak buang air kecil sangat-sangat.

“Bila tahu ada dua line tanda saya hamil, saya meraung sebab terlalu beremosi dan rasa macam tak percaya,” luahnya dengan penuh kesyukuran.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *