Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Syed Saddiq juga mahu Zakir Naik diusir dari Malaysia

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pendakwah Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia.

Menerusi kenyataan melalui aplikasi WhatsApp, Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, beliau bersetuju dengan gesaan beberapa menteri Kabinet lain agar Dr Zakir Naik diusir.

“Ya. Serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia,” katanya yang turut berkongsi kemarahannya ke atas kenyataan yang dikeluarkan Dr Zakir Naik sebelum ini.

Jelasnya lagi, memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ merupakan tindakan yang tidak masuk akal.

“Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah…” jelasnya lagi.

Sebelum itu, Syed Saddiq turut memuat naik entri menyelar pendakwah yang kini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

“Orang Cina Malaysia BUKAN TETAMU, tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini.

“Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan & kesetiaan kita.

“Saya kenal ramai orang Cina & India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” katanya lagi.

Selain Syed Saddiq, nada yang sama turut diluahkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran yang menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir Naik.

2 Comments

  1. fikri

    Menteri elok check fakta sebenar dulu sebelum keluarkan kenyataan. Jangan main politik sangat sampai menganiaya orang. Apatah lagi kalau orang tu difitnah.

  2. Aisyah

    Hai Syed Saddiq. I used to see you as a role model but now you just like them.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén