Syed Ali Alhabshee pula keluar Umno

Lepas satu, satu.

Hari ini Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mengumumkan keluar Umno sebentar tadi.

Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu dilapor mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Cheras hari ini.

Beliau memberi alasan “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan”.

Kelmarin beliau dilihat hadir dalam sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (PAN) di Temerloh.

Syed Ali terkenal sebagai seorang pemimpin Umno yang lantang dan terkedepan mengkritik Pakatan Harapan sebelum ini.

Tindakan drastik itu Syed Ali itu dibuat selepas enam anggota parlimen Umno berbuat demikian selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Minggu lepas veteran Umno Datuk Mustapa Mohamed dan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman terlepas dahulu meninggalkan parti itu.

Umno kali pertama hilang penguasaan 61 tahun di peringkat persekutuan di tangan PH dan sekutunya dalam pilihan raya umum lepas.

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *