Portal berita terbaik anda

Utama

Syarikat lombong kerajaan Selangor akui punca gangguan bekalan air

SYARIKAT perlombongan milik kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata pihaknya mengesan sumber pencemaran yang menyebabkan penutupan empat loji rawatan air semalam.

Penutupan loji itu menyebabkan lebih sejuta penduduk di Lembah Klang terjejas akibat gangguan bekalan air.

KSSB berkata pihaknya mengesan tumpahan diesel dekat Kolam Hang Tuah di Sungai Selangor pada 21 Julai kira-kira pukul 6.15 petang.

Kenyataan syarikat itu tidak kenyataan secara spesifik sama ada kawasan itu merupakan lokasi syarikat itu melakukan perlombongan.

Namun syarikat itu menyuarakan kekesalan terhadap insiden tersebut.

“Kami memantau situasi bersama pihak berkuasa. Kami amat mengesali dengan kejadian yang berlaku tetapi kami menekankan bahawa pemuliharaan alam semula jadi, sungai dan sumber air yang lain menjadi kepentingan kami,” kata Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Abdul Wahab Nordin.

Beliau berkata satu pasukan kecemasan sudah dihantar ke lokasi tumpahnya diesel itu.

Katanya KSSB sedang menyiasat punca tumpahan sama ada melibatkan unsur sabotaj dan akan memaklumkan situasi semasa perkara itu.

Penutupan empat loji rawatan air semalam menjejaskan 1,133 kawasan di Lembah Klang dengan melibatkan 1,166,842 juta pengguna.

Semalam, Air Selangor memaklumkan bahawa pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang daripada sumber air mentah Sungai Selangor.

Ia merupakan penutupan kali kedua buat keempat-empat LRA berkenaan dalam tempoh kurang dari seminggu dengan penutupan pertama dilakukan pada Jumaat lepas susulan pencemaran bau.

Loading...

Leave a Reply