Portal berita terbaik anda

Dunia

Syarikat Jepun ‘sewa’ ketiak wanita cantik untuk pamer iklan

Dengar memang pelik, namun sebuah agensi pengiklanan Jepun menawarkan perkhidmatan iklan ketiak wanita jelita. Bermakna, sekarang ini ketiak pun boleh dijadikan sebagai papan iklan.

Difahamkan, sebuah klinik rawatan kecantikan telah menjadi pelanggan pertama agensi tersebut.

Agensi pengiklanan tersebut diberi nama Wakino yang diambil sempena perkataan “waki” yang bermaksud ketiak itu ditubuhkan pada awal tahun ini.

Apa yang menarik perhatian ialah laman web syarikat itu mempunyai pelbagai contoh gambar sampel iklan ketiak berbentuk empat segi, berwarna-warni dan berukuran antara dua hingga empat inci.

Harga yang ditawarkan untuk iklan ketiak itu bernilai ¥10,000 (RM365) sejam. Model akan mempamerkan ketiaknya sambil menggayutkan tangan pada pemegang yang disediakan dalam kereta api atau merenggangkan badan bagi menunjukkan bahagian ketiak mereka.

Agensi pengiklanan itu juga kini mencari lebih ramai model ketiak termasuk model lelaki. Syarikat itu turut mengumumkan untuk menganjurkan pertandingan kecantikan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, kempen iklan pelik itu mungkin terpaksa direhatkan seketika apabila tibanya musim luruh nanti memandangkan golongan wanita akan menutup ketiak mereka tidak lama lagi.

Tapi nasib baik ketiak model yang digunakan putih-putih belaka, tak ada kena kutuk atau kena maki dengan orang ramai.

Loading...

Leave a Reply