‘Apa la bodoh sangat, kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat’

0
3285

Gara-gara memuat naik status menghina kematian 6 anggota bomba ketika operasi menyelamat seorang mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi, seorang lelaki dikecam teruk netizen.

Lelaki berkenaan, Syahrom Caom menganggap kesemua anggota terbabit tidak cukup ilmu untuk bergelar penyelemat dan sengaja menempah maut.

“Apa la bodoh sangat nak cari seorang 6 mati. Kalu tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat,” tulis Syahrom di laman Facebook miliknya.

Berikutan itu, Syahrom telah dikecam hebat oleh warga maya yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Sedang negara mengalami musibah di mana pertugas bomba tewas berjihad nak selamatkan nyawa pelajar, datang si bangsat ni buat andaian dengan mengatakan 6 petugas bomba yang tewas digelar BODOH. suar betul” – Mech.

” Ni manusia takde akal kalau bercakap..ini semua ketentuan Allah…ganjaran yg besar yg mgkn Allah swt telah tetapkan buat arwah mereka semua yg terkorban..kita sesama islam doakan semoga mereka ditempatkan dijannatul firdaus….amin..” – Nazlinah Ahmad.

“Tolong report beramai2..Penghinaan atas tugas petugas awam beruniform” – Rossaira Mawarni Haji Othman

“Ni org ckp guna lutut xde otak main sdp hembus je~nt terkena pd family sendiri baru rasa” – Leeya Honey

Sementara itu, dalam kemaskini terbaru, Syahrom telah memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya.

“Kepada semua rakyat Malaysia…saya Syahrom Caom mohon maaf atas kenyataan yang telah saya keluarkan yang mungkin tidak menyenangkan hati semua pihak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here