‘Saja nak bagitahu YB, Syahmi Safari sumbat gol cantik dan pakaian dia tutup aurat’ – Netizen

0
1147

Malaysia layak ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018 walaupun seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam ini.

Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Sementara itu di media sosial, peminat bola sepak tanah air memuji gol pertama Malaysia jaringan Syahmi Safari yang bertaraf antarabangsa.

Cun gila gol Syahmi Safari

Hi, Syed Saddiq meh nak habaq mai sat…

Penampilan Syahmi Safari yang mengenakan ‘tights’ bagi menutup bahagian lutut mendapat pujian di kalangan netizen.

Pemain muda berusia 20 tahun menjadi bukti bahawa menutup aurat bukan penghalang penghalang untuk memberikan aksi terbaik di tengah padang.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahma telah mengkritik usaha kerajaan Terengganu yang mahu melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet di negeri itu bermula tahun depan.

Harap YB boleh tidur nyenyak lepas kena bahan…

Tutup aurat pun boleh buat gol cun!

Sejak dulu lagi, antara pemain bola yang sentiasa tutup aurat…

Syahmi Safari yang bermain untuk Selangor dikenali sebagai pemain yang sentiasa menutup bahagian lutut sejak dari dahulu lagi tidak kira ketika latihan ataupun perlawanan sebenar.

Sikap terpuji beliau wajar diteladani bukan sahaja oleh pemain bola sepak, malah setiap atlet perlu menutup aurat kerana ia adalah tuntutan kepada setiap umat Islam.

Sumber : IG Syahmi Safari, Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here