Portal berita terbaik anda

Hiburan

Syafiq Kyle minta maaf, rayu padamkan video

EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu.

Ini berikutan beberapa screenshot yang memaparkan aktor berusia 26 tahun itu menghantar mesej (direct message) kepada seseorang di Instagram dan meminta individu terbabit memadamkan segala video yang telah dimuat naik.

Dalam perbualan itu, Syafiq turut meminta maaf dan meminta individu terbabit membalas mesej-mesej yang telah dihantar sebelum ini.

“Aku tahu ini awkward (janggal), aku tahu apa aku dah buat. Dengan rasa rendah diri aku merayu kat kau delete semua video-video tu,” antara mesej yang dihantar.

Bagaimanapun ada yang mendakwa mesej perbualan itu sengaja direka untuk memburukkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, sejak malam tadi tular video berdurasi tujuh minit yang dikatakan memaparkan aksi naib juara Hero Remaja itu melakukan aksi tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seseorang bernama Mira.

Sehingga kini, Syafiq masih mengunci mulut mengenai perkara ini dan kebanyakan peminat juga masih menantikan jawapan serta tidak kurang juga yang memberikan sokongan moral pada pelakon yang kini muncul menerusi drama Nur itu.

Loading...

Leave a Reply