Portal berita terbaik anda

Utama

SUV terhumban dalam laut akhirnya berjaya dinaikkan

PULAU PINANG – Kenderaan SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang telah berjaya dinaikkan pada jam 6.00 petang tadi, sekaligus menamatkan operasi SAR yang memasuki hari ketiga, hari ini.

Sebelum ini, kenderaan berkenaan difahamkan terbenam di dalam pasir menyebabkan kesukaran untuk menaikkan kenderaan tersebut setelah dicuba beberapa kali menggunakan kren sejak dari semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Moey Yun Peng, 20, juga jelas kelihatan tersepit di tempat pemandu.

Tahniah diucapkan kepada semua agensi yang bertugas (Jabatan Bomba, TLDM, Maritim dan Polis Marin) yang bertungkus lumus memastikan agar operasi ini berjalan lancar dan selamat. Alhamdulillah.

Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai ditutup ketiga-tiga lorong buat sementara waktu.

Loading...

Leave a Reply