Suspek sembelih dua beradik direman 7 hari

105

ALOR SETAR: Suspek yang mengamuk sebelum menetak dan mengelar dua beradik berusia empat dan satu tahun sehingga mati di Kampung Kuala Sungai, Yan malam tadi direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu direman mulai hari ini sehingga 16 Januari ini.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 11 malam tadi, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa dan mengelar dua kanak-kanak berusia setahun dan empat tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here