Suspek pukul pekerja stesen minyak direman tiga hari

0
607

TAPAH – Seorang lelaki yang suspek kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai pada 6 Oktober lalu direman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek yang ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang lagi suspek ditahan pada pukul 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek berusia 40 tahun itu ditahan reman sehingga Ahad ini dan akan disiasat mengikut sekyen sama.

“Suspek kedua pula ditahan semalam pada pukul 4.15 petang setelah datang ke IPD Tapah untuk menyerah diri. Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian 6 Oktober lalu, seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dipukul oleh pelanggan kerana dikatakan tersilap mengisi jenis minyak petrol.

Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.

Rakaman video kejadian itu tular dan dikongsi ramai pengguna laman sosial. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here