Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Suspek pukul bekas isteri dibebaskan atas faktor kesihatan

LELAKI yang membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh pada 4 September lalu, dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, suspek telah ditahan ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.

“Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Katanya, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, kejadian jam 12.15 tengah hari itu tular selepas kisah berkenaan dikongsi kenalan mangsa di Facebook, hari ini.

Status berkenaan disertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tangkap layar ugutan bekas suami mangsa serta gambar mangsa dan bapanya yang cedera selepas kejadian itu.

Sumber berkata, mangsa berusia 35 tahun bersama bapanya berusia 60-an dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan mahkamah di Shah Alam sebelum menyedari tayar kereta dipandu pancit disyaki ditoreh.

“Mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.

“Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan,” katanya.

Katanya, kejadian disedari orang awam yang membantu meleraikan pergelutan.

“Lelaki terbabit kemudian beredar dari lokasi manakala mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

2 Comments

  1. Pd para gadis2 d luar sana jika nak memilih bakal suami harus berhati2 jgn memilih lelaki pd rupa paras yg hensem sbb rupa paras saja hensem tetapi perangai,tingkah laku dan keikhlasan tak elok dan biadap nak buat apa smua itu…Rupa paras yg biasa2 pun takpa asalkan baik budi pekerti dan bahagia hingga keJannah…

  2. hamba

    kesian mengalami tekanan perasaan, depression mental disorder

Leave a Reply

Theme by Anders Norén