Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Suspek amuk Thailand ditembak mati

BANGKOK – Anggota tentera Thailand yang mengamuk dan membunuh sekurang-kurangnya 21 mangsa ditembak mati pasukan keselamatan pada Ahad.

Pihak berkuasa dalam kenyataan berkata Jakraphanth Thomma dibunuh di pusat beli-belah Terminal 21 yang terletak di Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand.

‚ÄúPolis telah membunuh pelaku dan menyelamatkan lapan tebusan. Ada yang tercedera.”

Sebelum itu, pelbagai usaha dilakukan pihak polis bersenjata bagi memaksa Thomma untuk keluar.

Thomma menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya serta dua yang lain di Kem Tentera Surathampithak sebelum bertindak melarikan senjata dan peluru daripada kem tersebut.

Terdahulu, penyerang yang berkhidmat di Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua, melepaskan tembakan di beberapa lokasi termasuk sebuah kuil Buddha di Nakhon Ratchasima (juga dikenali sebagai Korat), yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Bangkok.

Thomma menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya serta dua yang lain di Kem Tentera Surathampithak sebelum bertindak melarikan senjata dan peluru daripada kem tersebut.

Thomma telah melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera itu ke pusat membeli-belah Terminal 21.

Dia juga melakukan penstriman secara langsung berkaitan serangan itu di Facebook dan memuat naik swafotonya yang sedang memegang selaras raifal.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén