Suri rumah dijel 10 bulan curi tujuh bungkus Nescafe

0
151

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri kopi di sebuah pasar raya, Rabu lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim terhadap Nor Azlina Mamat, 41, Kampung Paya Keladi yang mengaku bersalah mencuri tujuh bungkus Nescafe Classic 300 gram bernilai RM164.43 milik Sabasun Hypermarket.

Kesalahan itu dilakukannya di pasara raya terbabit pada jam 4.20 petang, 26 September lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda dihadapan Majistert Abdul Hayyi Salim.

Sabtu lalu, Sinar Harian Online melaporkan seorang wanita ditahan kerana dipercayai mencuri tujuh bungkus Nescafe di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Wanita itu ditahan pengawal keselamatan bertugas ketika berada di sekitar kawasan parkir motosikal di pasar raya tersebut jam 4.20 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here