Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Surau awam dibina di Long Beach Pulau Perhentian

BESUT – Sebuah surau awam telah dibina di Long Beach, Pulau Perhentian di sini dalam usaha untuk menjadikan pulau tersebut bebas maksiat.

Menurut Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohammad Nor, surau tersebut dibina secara gotong-royong oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Pulau Perhentian pada April lalu.

“Surau itu untuk kemudahan pelancong beragama Islam, penduduk setempat dan pekerja chalet di situ. Azan juga dilaungkan lima kali kali sehari untuk memberitahu masuknya waktu solat kepada pengunjung,” katanya.

Riduan berkata, untuk mengekang aktiviti tidak sihat ini daripada terus berlaku, pihaknya akan menguar-uarkan kepada pelancong bahawa Long Beach ini adalah tempat untuk menenangkan fikiran, bukan tempat pesta arak.

“Dan InsyaAllah kami akan menaikkan sebuah papan tanda yang memaparkan tentang Enakmen Agama Islam Terengganu berkaitan hukuman tegas kepada peminum arak atau khamar.

“Malah jawatankuasa peringkat Daerah Besut juga akan sentiasa memantau Pulau Perhentian dan Long Beach ini,” tambahnya.

Sebelum ini tular dua rakaman video berdurasi 30 saat dan sembilan saat berserta gambar seorang wanita sedang menari dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di sebuah chalet di pulau terkenal itu.

Bagaimanapun video yang tersebar itu adalah video lama, dikatakan dirakam pada tahun 2017.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén