Surat terbuka Tony Pua kepada MMC-Gamuda

0
238

KUALA LUMPUR – Berikut merupakan kenyataan penuh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung isu penamatan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Transit Ali­ran Massa 2 (MRT2) oleh Kementerian Kewangan.

Kepada Pengarah MMC Gamuda,

Biarkan saya ucapkan tahniah atas apa yang anda lakukan selepas pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk:

1. Menerima tawaran MMC Gamuda mengurangkan kos kerja-kerja projek bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) pada RM5.2 bilion kepada RM17.4 bilion (penurunan 23 peratus) kepada kontrak turnkey tunggal dan;

2. Menamatkan kontrak projek bawah tanah selepas gagal mencapai persetujuan bersama bagi pengurangan harga.

Kamu mengeluarkan surat menyatakan tidak bersalah, menyatakan bahawa kamu menunggu tawaran daripada Kementerian Kewangan. Kami mempersoalkan kelayakan konsultan jurutera bebas yang dilantik. Kamu menyatakan keputusan penamatan dibuat secara tergesa-gesa dan tidak dirancang dengan baik.

Kamu mencari simpati, mendakwa tidak kurang dari 20,000 orang hilang pekerjaan (wow!). Media sosial milik kamu aktif mempromosikan kempen ‘Selamatkan 20,0000 Pekerjaan’, meminta rakyat Malaysia menandatangani petisyen. Tular juga di aplikasi WhatsApp surat daripada pemegang ijazah kelas pertama kejuteraan awam yang menyatakan kekesalan menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Prestasi kempen tersebut sangat mengagumkan namun persoalan kos projek kerajaan dengan mudah dibiarkan begitu sahaja.

Kami tidak berniat mengadakan perang mulut dengan kamu. Kami lebih cenderung menyimpannya untuk musuh politik. Dan selepas apa yang berlaku, kami mahu teruskan hubungan baik untuk menyiapkan kerja-kerja projek bawah tanah yang dianggarkan bernilai RM17.42 bilion itu.

Bagaimanapun, percubaan menyatakan kamu adalah mangsa kepada kekejaman Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan maklum balas dan fakta serta rekod yang jelas.

1. Kontrak sebenar projek bawah tanah dianugerahkan adalah sebanyak RM15.49 bilion. Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) diberikan tambahan sebanyak RM1.2 bilion yang menyaksikan kontrak disemak semula pada nilai RM16.71 bilion.

2. Selepas beberapa mesyuarat dan perbincangan, kamu menulis surat kepada Menteri Kewangan pada 15 Ogos lalu, menawarkan semakan semula harga sebanyak RM15.1 bilion. Ini melibatkan penyusunan semula dua stesen di Bandar Malaysia Utara dan Selatan.

3. Kemudian, pada 7 September, kamu menawarkan penurunan harga kepada RM14.58 bilion bagi kontrak bawah tanah (menjadikan kos keseluruhan projek MRT2 kepada RM32 bilion). Ini menjelaskan penjimatan kos RM2.13 bilion atau 12.7 peratus pengurangan. Dengan kata lain, Pengarah Gamuda ketika mesyuarat bersama Menteri pada 4 September – “ Kami menawarkan apa yang termampu tetapi sebarang perkara yang melangkauinya menjadi tidak bermakna untuk diteruskan.”

4. Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang dilakukan konsultan jutera bebas, MRT Corp. sepatutnya berjimat antara RM4.19 hingga RM5.79 bilion bagi baki 60 peratus kerja yang belum ditamatkan. Ya, ini merupakan penjimatan besar yang berpotensi bagi baki kerja yang akan disiapkan. Bayangkan berapa banyak penjimatan dapat dilakukan daripada keseluruhan kontrak.

Jadi, pertimbangan yang dilakukan kerajaan baharu Pakatan Harapan sangat mudah.

A. Katakanlah, ‘Okeylah, kita terima sahaja pengurangan RM2.13 bilion yang ditawarkan MMC Gamuda”? Selepas itu, kita boleh ambil angka ini dan maklumkan kejayaan menakjubkan tersebut, tanpa kita sedar bahawa ada RM2 bilion lagi yang mampu dijimatkan. Tambahan pula, ini akan menyelamatkan kita daripada masalah berdepan persepsi negatif orang ramai dan tender antarabangsa baharu yang perlu dilaksanakan. Banyak kerja… atau

B. Kita jujur dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat dan berusaha meningkatkan penjimatan daripada projek berkenaan? RM2 bilion boleh digunakan membayar lima hospital, 50 sekolah, RM2 bilion merupakan satu wang yang sangat besar, apabila melihat rakan di Kementerian Kewangan bergelut dan berjimat untuk mencari RM50 juta daripada projek ini dan pengurangan RM80 juta yang dipotong daripada Bajet 2019.

Kabinet membuat keputusan tersebut dan adakah anda memberitahu rakyat Malaysia untuk mengecam kami atas penamatan tersebut?

Atau adakah anda dan mencari sasaran lain? Seperti yang kamu nyatakan dalam kenyataan akhbar bahawa konsultan jurutera bebas tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi – biarpun menggaji lebih daripada 500 staf dan trek rekod baik dengan lebih 80 projek di 24 negara luar?

Atau ini kerana konsultan tersebut menjelaskan dengan kerap penipuan kos projek MRT1 dan MRT2 yang lebih rendah daripada kos asas pembinaan pelbagai projek tren lain di Asia, kerana tiada siapa sebenarnya yang membekalkan data?

Wajarkan kami mempersoalkan MMC Gamuda yang telah bersetuju pada asal tetapi kemudiannya menolak berkongsi data kos dengan konsultan yang dilantik untuk menjelaskan kos, mendakwanya sebagai ‘rahsia perdagangan’?

Kepada pemegang ijazah kelas pertama kejuruteraan awam berusia 26 tahun. Saya bersimpati atas dugaan yang kamu hadapi, bukan disebabkan salah kamu. Bagaimanapun, adakah Gamuda mengambil keputusan untuk tidak mengekalkan khidmat kamu kerana kerugian yang ditanggung mereka. Ini kerana kamu mampu membina kejayaan kerjaya di syarikat lain.

Kepada 20,000 pekerja yang dimaksudkan MMC Gamuda, yang mungkin kehilangan pekerjaan akibat penamatan kontrak kerja bawah tanah, biar saya tekankan bahawa kerajaan tidak menamatkan projek. Kamu akan mendapatkan pelbagai peluang apabila projek baharu diberikan pada harga lebih rendah, yang menjimatkan wang dan menjana projek masa depan.

Tetapi ingat, daripada memulakan petisyen di Change.org mendesak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan penamatan, adalah lebih productif memulakan petisyen menuntut bos kamu di MMC Gamda membuat tawaran yang tidak mampu ditolak kerajaan. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here