‘Surat itu merendah-rendahkan martabat saya’ – Nurul Izzah

SETELAH empat hari, akhirnya bekas Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberikan reaksi yang dinanti-nanti berkaitan surat terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa untuknya.

Menjawab artikel berita NSTP yang Mujahid mendakwa, ia adalah surat yang jujur yang ditulis daripada seorang ‘senior’ kepada seorang ‘junior’, Nurul Izzah berkata, walaupun surat itu mempunyai niat baik tetapi beliau menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

“Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar,” kata Nurul Izzah dalam Tweetnya hari ini.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi media sosial Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Loading...

Leave a Reply