Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Sumpah’ tepati ramalan, Naim Daniel dinobat sebagai juara AJL 34

LAGU ciptaan Naim Daniel dan Omar K nyanyian Naim berjudul Sumpah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara AJL34 pula milik lagu Bangun ciptaan Aman Ra dan Navigator nyanyian Aman Ra.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga milik lagu Anta Permana ciptaan Hael Huaini dan Ezra Kong nyanyian Bob Yusof.

Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu Kisah Cinta Kita Hafiz Suip dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Tidak hanya itu, Hafiz turut memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu sama. Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

AJL34 dihoskan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM.

Persembahan pembuka tirai AJL34 membariskan pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Persembahan interlude AJL 34 pula menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén