Sultan Johor hantar Tun M ke lapangan terbang naik Proton Saga

44

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu kereta keluaran pertama Perusahaan Automobil Nasional, Proton Saga keluar dari Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Sultan Ibrahim memandu kenderaan nasional berwarna biru itu bagi menghantar pulang Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Kulai dekat sini selepas lebih sejam mengadakan pertemuan secara tertutup.

Baginda dan Dr. Mahathir kelihatan ceria sambil melambai ke arah pengamal media serta orang ramai yang setia mengikuti perkembangan pertemuan bersejarah kedua-dua pemimpin terbabit.

Terdahulu, Dr. Mahathir tiba ke Istana Bukit Serene di sini kira-kira pukul 4 petang bagi mengadakan pertemuan rasmi pertama sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dr. Mahathir dijangkakan akan mengadakan sidang akhbar di LTAS sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here