Portal berita terbaik anda

Utama

Sukarkah penjarakkan sosial di pasar basah?

KUALA LUMPUR – Menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) bermula esok, pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan khususnya bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Namun ia tidak bermakna orang ramai boleh mengabaikan normal baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak pelaksanaan PKP Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga pada 18 Mac lalu.

Tinjauan ke Pasar Sentul, di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu keluar untuk membeli barang keperluan dan kali ini jumlahnya dua kali ganda berbanding PKP Fasa Ketiga.

Walaupun anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelihatan bertugas mengawal jumlah pengunjung ke Pasar Sentul, namun terdapat segelintir individu yang tidak mempedulikan amalan penjarakkan sosial ketika berurusan membeli-belah.

Meskipun orang ramai perlu beratur sebelum memasuki Pasar Sentul, namun apabila mereka masuk ke dalam kawasan perniagaan itu seolah-olah lupa bahawa penularan Covid-19 boleh menular jika orang ramai bersesak-sesak ketika membeli barang keperluan.

Baik di bahagian sayur-sayuran mahupun kawasan ikan dan ayam, kepatuhan orang ramai terhadap amalan penjarakan sosial boleh dikatakan menyedihkan.

Walaupun keseluruhan kawasan Pasar Sentul masih terkawal, namun orang ramai terus diingat dan dinasihatkan agar memastikan jarak yang selamat ketika berurusan.

Apapun kita boleh memuji sikap anggota DBKL yang tidak jemu-jemu mengingatkan orang ramai agar membeli secara bergilir bagi mengelakkan mereka bersesak di pasar basah itu. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply