Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Suhaimi Saad tidak percaya kewujudan graviti Bumi

SEBELUM ini kecoh apabila penyanyi nasyid, Suhaimi Saad mempertikai fakta bahawa Bumi ini berbentuk sfera. Malah, lebih dahsyat, beliau mempercayai yang Bumi ini sebenarnya rata.

Disebabkan itu, Suhaimi telah dikecam oleh netizen di media sosial yang menganggap dirinya karut dan sengaja mencari populariti.

Tidak berhenti setakat itu, hari ini Suhaimi berbicara pula tentang isu graviti. Dia mengakui mempercayai akan kewujudan tarikan graviti Bumi.

Menerusi status yang ditulisnya di Facebook, Suhaimi Saad mempersoalkan kenapa graviti berjaya tarik air laut yang beratnya berjuta-juta tan itu, tetapi pada masa yang sama gagal menarik burung atau belon yang lebih ringan.

Berikut kenyataan yang ditulis Suhaimi:

Ekoran beberapa kontroversi panas yang melanda penyanyi ini, pihak penganjur konsert nasyid telah menggugurkan nama sebagai artis untuk persembahan berkenaan.

Sumber: FB Mosus

Leave a Reply

Theme by Anders Norén