Portal berita terbaik anda

Viral

Kongsi video memasak, suri rumah jadi Youtuber kesukaan ramai raih ribuan tontonan

Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.

Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.

Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.

Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.

Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.

Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.

Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.

Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.

Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Tapi jangan pula curi content orang lain ya!

Loading...

Leave a Reply