Portal berita terbaik anda

Politik

Sudahlah mungkiri janji, kerajaan ketatkan pula syarat PTPTN

KUALA LUMPUR – Sebelum memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan menawarkan banyak janji menerusi manifestonya terutama bagi meraih sokongan golongan muda termasuk penangguhan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam gaji kurang daripada RM4,000.

Namun begitu, janji tersebut dilihat umpama tin kosong sahaja apabila sepanjang tiga minggu mentadbir negara, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja didakwa memungkiri janji sendiri, malah mengetatkan pula syarat pinjaman PTPTN.

Hal tersebut dibangkitkan oleh Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam yang menyeru golongan muda supaya segera bangkit mempertahankan hak masing-masing dan tidak membiarkan satu persatu janji terbiar begitu sahaja.

Katanya dalam rakaman video berdurasi lebih dua minit itu, PTPTN yang telah diwujudkan pada tahun 1997 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memegang jawatan Menteri Pendidikan merupakan usaha murni bagi membantu semua golongan muda melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Sepertimana kita tahu PH telah kemukakan banyak janji, (namun) sepanjang tempoh 21 hari ini, berpuluh janji mereka mungkiri (termasuk) janjikan anak-anak kita yang ada pinjaman PTPTN belum dapat pendapatan lebih RM4,000 tidak perlu bayar pinjaman tersebut.

“Namun, lepas sahaja menang PRU-14, (Ahli Parlimen Muar), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri menyatakan mereka (peminjam) perlu membayar jika berkemampuan. Ini jelas tunjukkan PH mungkiri janji.

“Hari ini juga saya terima pesanan seorang sahabat dari Pulau Pinang mengatakan sudah ada satu syarat baharu untuk sesiapa yang mahu meminjam PTPTN iaitu ibu bapanya mestilah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ini satu syarat yang tiada semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), kenapa tiba-tiba sahaja diperketatkan syarat?,” katanya dalam video tersebut. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply