Portal berita terbaik anda

Utama

Suasana pilu iringi ketibaan jenazah Mejar Zahir

SUASANA pilu menyelubungi Masjid Al Fatih di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, sebaik jenazah Mejar Mohd Zahir Armaya tiba pada 1.48 pagi hari ini.

Ketibaan jenazah disambut kira-kira 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan anggota tentera bagi memberi penghormatan terakhir.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Allahyarham disolatkan di masjid kem berkenaan sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh, Perak.

Urusan pengebumian diuruskan sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Portal Harian Metro semalam melaporkan, Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelawak dan pelakon veteran, A R Badul, 70, atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan lima anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

Loading...

Leave a Reply