Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Suami maut ketika hantar isteri jaga SPM

TAMPIN – Anggota tentera maut manakala isterinya yang juga seorang guru cedera parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 2.5 Air Kuning Selatan – Sungai Dua di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika Zahairul Azwan Zainudin, 32, dalam perjalanan menghantar isterinya, Nur Fadzihan Qmir,31, ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jana di sini untuk bertugas sebagai pengawas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, ketika kejadian pasangan berkenaan dalam perjalanan dari Jalan Air Kuning Selatan menuju ke Sungai Dua.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dipandu Zahairul hilang kawalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan dipandu terbabas ke arah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kedua-duanya cedera parah dan Zahairul di hantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan untuk rawatan awal manakala isterinya ke Hospital Tampin.

“Bagaimanapun Zahairul yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

“Isterinya difahamkan guru di SMK Dato’ Taha Gemencheh masih di dirawat di Hospital Tampin dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén