Suami maut kemalangan, tinggalkan isteri dan anak dalam kandungan

Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suami yang dikasihi maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Lebih menyedihkan apabila isteri arwah sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Namun semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT, Mohd Azam Karimin pergi begitu sahaja.

Menerusi laman Facebook, isteri Mohd Azam, Nurmasfalina Mohd Azmi meluahkan perasaannya di atas pemergian suami tercinta.

Walaupun sedih, Nurmasfalina tetap redha dan berharap agar roh arwah suaminya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di Syurga.

Awak telah bertemu Pencipta

Tiada lagi imam solat

Terima kasih hadiahkan kandungan ini

Tenanglah di sana…

Menerusi laman Facebook arwah, isterinya turut menulis dedikasi terakhir buat keluarga dan kenalan yang mungkin sukar untuk dilupakan.

Antara kenangan bersama…

Memetik laporan Harian Metro, arwah yang bekerja di Singapura maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain di Johor Bahru, Khamis lalu.

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *