Suami maut, isteri cedera dalam nahas dua kereta di Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM110 Jalan Johor Bahru-Melaka dekat Kampung Koris di sini pada Selasa.

Mangsa Mohd Nor Hakkim Shariff, 27, yang memandu kereta Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman badan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Perodua Axia dari arah Senggarang ke Batu Pahat masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Isteri mangsa Fatin Nur Suhadah Suryan 24, yang juga penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta Perodua Axia yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun mengalami turut kecederaan pada bahagian dalaman badan dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan seramai 10 anggota bomba, sebuat jentera FRT, sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi tamat pada jam 4.13 petang,” katanya.

Loading...

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *