Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Suami isteri sebak disahkan hamil selepas 10 tahun menanti zuriat

Tak dinafikan, cahaya mata merupakan anugerah yang paling dinanti oleh setiap pasangan suami isteri.

Ini kerana, gelagat anak-anak bukan sahaja mampu menceriakan suasana, malah menjadi pelengkap bagi sesebuah rumah tangga.

Namun, tidak semua keluarga berpeluang mendapatkan kebahagiaan itu kerana belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Menerusi Instagram, pakar sakit puan, Dr. Thokha Muhammad telah berkongsi video detik-detik sepasang suami isteri menerima khabar gembira bakal bergelar ibu bapa setelah hampir 10 tahun berkahwin.

 

View this post on Instagram

Pada awalnya, wanita berkenaan mengalirkan air mata kerana menyangka bahawa hasil ujian kehamilan memaparkan keputusan yang tidak memberangsangkan.

Namun, selepas melihat dengan mata sendiri, dia dan suami tidak dapat mengawal perasaan sebak apabila dimaklumkan berjaya mengandung cahaya mata pertama.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang turut sebak melihat video tersebut.

Rata-rata mereka menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan suami isteri itu selain berharap bayi yang berada di dalam kandungan sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman bertahun-tahun menantikan zuriat sendiri.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén