Suami isteri rugi RM168 ditipu sindiket ‘parcel scam’

Scammers akan sentiasa mencari jalan untuk menipu orang ramai bagi memperolehi wang dengan mudah.

Menerusi Facebook, Fatimah Farhana Ali telah menulis mengenai pengalamannya membayar RM168 bagi barang yang tidak dipesannya kepada satu sindiket penipuan pembelian barang atas talian.

Berkongsi ceritanya, Fatimah menulis,” Kisah ini terjadi kepada suami saya tiga hari yang lalu”

“Dia menerima panggilan daripada wakil khidmat penghantaran kurier yang memberitahu ada barang yang dibeli sudah sampai di depan rumah.

“Kata pekerja syarikat itu ‘Saya dah ada depan rumah abang ni.. Parcel ni kena bayar, saya kena serahkan juga sekarang’.”

Tanpa memeriksa terlebih dahulu, suami Fatimah telah membayar bungkusan tersebut kerana dia fikir mungkin ada memesan sesuatu tetapi telah terlupa mengenainya.

“Suami saya telah ‘dipaksa’ menerima parcel tersebut dan membayar sebanyak RM168”

Namun, apa yang berlaku sememangnya mengejutkan. Barang yang kononnya mereka beli itu hanyalah barang pasar malam yang mungkin berharga RM5 sahaja. Lebih mengejutkan barang itu langsung tidak dapat berfungsi.

Sementara itu, netizen meninggalkan komen yang mana mereka juga pernah ditipu oleh sindiket yang sama sebelum ini.

Diharap selepas ini, orang ramai lebih berhati-hati sekiranya didatangi oleh seseorang yang memaksa kita menerima atau membayar ke atas satu pembelian yang dibuat secara online.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda tidak mendedahkan alamat rumah di mana-mana media sosial terutamnya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *