Suami dirampas adik kandung sendiri

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Hanna Ramdzan membuat pendedahan yang mendakwa bahawa adik perempuannya, Fyla Ramdzan menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Menerusi laman Facebook, Hanna memuat naik beberapa keping gambar mesra Fyla bersama suaminya walaupun adiknya menafikan perkara tersebut.

“Nah aku kongsi balik gambar-gambar kenangan kau dengan skandal kau (suami) akak kau sendiri. Aku tak boleh tahan dia punya orang bajet suci. Sakit hati aku,” tulisnya.

Itu antara kapsyen yang diluahkan gara-gara kecewa kerana adiknya sanggup berbuat demikian apabila tergamak merampas kebahagiaan darah daging sendiri.

Gambar-gambar Fyla bersama suami Hanna


Posting tersebut tular dengan mendapat lebih 2,700 perkongsian dan pelbagai komen netizen yang rata-rata tidak menyangka perkara seperti itu boleh terjadi.

Selain itu, mereka juga memberikan kata-kata positif yang berharap agar Hanna terus sabar dalam menghadapi pergolakan rumah tangga.

Sumber: Hanna Ramdzan

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *