Portal berita terbaik anda

Viral

Suami belanja makan ‘pujuk’ isteri nak kahwin lagi

BIARPUN poligami itu adalah sunnah dan dibenarkan dalam Islam, bukan semua isteri boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki cuba memujuk isterinya supaya memberikan kebenaran kepadanya untuk bernikah seorang lagi.

Dalam usaha untuk memujuk itu, lelaki itu dilihat membawa isterinya ke sebuah restoran dan memesan hidangan yang menjadi kegemaran isterinya.

@ainaljulungSsmoga ada berita gembira selepas ini 😊♬ original sound – indaah028 – @mochi🐥

“Aku sedang memujuk dirinya untuk berpoligami. Semoga ada berita gembira selepas ini,” tulis lelaki itu pada kapsyen video tersebut.

Pada saat itu, isterinya dilihat makan dengan penuh berselera meskipun wajahnya kelihatan sayu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu merakam video tersebut sebelum memuat naiknya ke Tiktok.

Mereka juga menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang tidak tahu menghargai isteri kerana sanggup menduakannya dengan wanita lain.

Bagaimanapun selepas dikecam bertubi-tubi, lelaki itu akhinya menceritakan perkara sebenar bahawa video tersebut merupakan permintaan daripada isterinya sendiri.

Namun, benar atau tidak kenyataan itu tidak dapat dipastikan.

Loading...

Leave a Reply