Portal berita terbaik anda

Politik

Speaker terima usul tidak percaya Mahathir terhadap PM

SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof menerima usul Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk Dewan Rakyat membuat ketetapan terhadap kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Resolusi yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir itu mahu Dewan Rakyat membuat ketetapan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-ahli Berhormat Dewan Rakyat.

Menurut Mohamad Ariff usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) itu diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Mohamad Ariff bagaimanapun menolak satu lagi usul bekas Perdana Menteri itu di bawah Peraturan Mesyuarat 4 bagi mengekalkan jawatan beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.

“Setelah meneliti berdasarkan penjelasan yang dikemukakan saya memutuskan bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 4 adalah ditolak kerana tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

“Manakala usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” kata Mohamad Ariff.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamad Arif berkata, Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama satu hari iaitu pada Isnin 18 Mei.

Mesyuarat berkenaan akan dimulakan dengan Istiadat Perasmian Parlimen dan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ia kemudian disusuli dengan Mesyuarat Dewan Rakyat yang hanya akan membincangkan Usul Urusan Kerajaan dan Rang Undang-Undang.-SM

Loading...

Leave a Reply