Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Sokongan rakyat Johor terhadap PH meningkat

PONTIAN – Parti Amanah Negara (PAN) Johor menyifatkana sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan (HP) semakin baik walaupun ada usaha untuk memburuk-burukannya.

Pengerusi PAN negeri, Aminolhuda Hassan berkata, ini berdasarkan kepada maklum balas diterima daripada rakyat terutama melibatkan pengurusan yang lebih telus dan terbuka.

“Program atau aktiviti yang berkaitan dengan kepentingan rakyat sentiasa dipastikan sampai kepada golongan sasar seperti projek-projek pembangunan kecil bagi kemudahan orang ramai.

“Maklumat yang benar dan betul perlu diketahui oleh orang ramai seperti berapa banyak peruntukan yang disalurkan, panjang projek pembinaan jalan yang dijalankan dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAN Kawasan Pontian di Kampung Parit Haji Omar di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Mohamad Taqiuddin Cheman dan Pengerusi PAN Kawasan Pontian, Sarabon Pono.

Beliau berkata, kerajaan PH Johor sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan mendengar pandangan rakyat dan tidak sesekali menyembunyikan maklumat daripada rakyat.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri menambah, jentera kerajaan di peringkat negeri serta akar umbi berjaya memainkan peranan melembantu kerajaan negeri.

“Samada ketua jabatan, ahli-ahli majlis daerah dan ketua-ketua kampung semua memahami matlamat dan harapan kerajaan PH untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmataan yang terbaik dari masa ke semasa,” ujarnya.

Justeru katanya, sebagai kerajaan negeri yang diberikan amanah oleh rakyat Johor, parti-parti komponen dalam PH sentiasa menganjurkan pelbagai program bagi mendekati orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén