Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Sofi Jikan dipenjara 12 bulan akibat dadah

PELAKON filem popular, Sofi Jikan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC), Februari tahun lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memerintahkan Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Sofi Jikan,49, dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut dengan syarat perlu memfailkan permohonan notis rayuan sebelum jam 4 petang ini.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan RM3,000 dinaikkan kepada RM9,000.

Pada 13 Februari 2018, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya jam 11.15 malam, pada 6 Februari 2018.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén