Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Skim pencen penjawat awam membebankan negara – Mahathir

KYOTO – Kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen, bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan cadangan itu dan ia masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Bagaimanapun beliau menarik perhatian tentang hakikat bahawa bayaran pencen ketika ini sudah menjadi begitu besar.

“Sekarang ini kita (juga) bagi pencen kepada isteri dan anak (pesara kerajaan yang telah meninggal dunia). Ini semua menjadi beban kepada negara. Jadi kita (kerajaan) mungkin tak mampulah. Itu yang menjadi masalah,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di akhir lawatan kerja beliau di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah dilaporkan berkata lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik bermula tahun depan.

Menurut Borhan, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Merujuk kepada angka RM28 bilion itu, Dr Mahathir menjangkakan nilai bebanan pencen itu akan terus meningkat.

“Kita nak cari jalan supaya kerajaan mampu (bayar dan pegawai (penjawat awam) tidak rugi,” katanya. -Bernama

Loading...

4 Comments

  1. Jacqueline

    Kenapa tidak potong gaji menteri-menteri. Kami pekerja yang memang gaji dah sikit lepas itu keustimewaan kami pula nak ditarik. Bagaimana kami yang bekerja ini nak meningkatkan prestasi kerja kalau semua keustimewaan kami ditarik balik. Fikirkan lah dengan baik. Menteri semua jangan tahu bercakap saja dan pentingkan diri sendiri. Sebab menteri semua dah memang bergaji besar dan hidup senang lenang, jangan sesuka hati nak menarik balik semua janji-janji kerajaan untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Jangan lupa rakyat yang memilih kerajaan. Rakyat punya hak juga perlu dikekalkan. Terima kasih kerana prihatin.

  2. Kamal Hisham

    Fikirkanlah jika anda itu generasi muda sekarang. Alangkah ruginya berkhidmat dengan kerajaan?

  3. Hartawan

    Kena kaji cadangan kerajaan tentang skim kontrak atau skim besara ada pencen diterima dengan Beban tugas penjawat awam yang semakin mencabar dimana sebenarnya yg lompang yang perlu ditambah balik.

  4. RosLee Bin Osman

    Sepatut nyer kakitangan awam jgn d usik, braper sgt laa pencen dorang, yg spatut d usik ialah mntri2 dan ahli2 parlimen Dan Adun sbb mreke2 ni mkn pencen smpai mati, dh kalah x jadi adun maka xder laa pencen lgi, ni slagi hidup walaupun bkn adun atau mntri2 tpi maseh trime pencen bribu ribu tiap bln,stiap adun atau ahli parlimen x kurang ondptan sbulan lebih 25k, bla pencen x kurang 10k so bayangkn laa braper byk bekas2 adun yg dh kalah Dan x jadi wakil rakyat Masih ‘mkn’ duet rakyat lgi…bkn lah initial satuu bebanan pd krajaan???…begitu juga ahli parlimen, walaupun dh x jadi ahli parlimen tpi pencen alaun bagai smue krajaan tanggung jadi kenapa nk d usik pencen kakitangan krajaan yg x sberaper tuu…jgn laa hnyer nk lepas kn ‘tekak’ bekas2 adun/ahli parlimen ajerk sesangat in rakyat mnderite smpai mati…buka laa mate mntri2 dan PM…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén