Portal berita terbaik anda

Utama

Mak tumpang orang datang konvo, anak penebar roti canai terima Anugerah Diraja

Kejayaan anak-anak merupakan satu kegembiraan luar biasa buat kedua-dua ibu bapa.

Lebih-lebih lagi, sekiranya anak yang dibesarkan dengan penuh kepayahan itu mampu memahami jerit-perih ibu bapa mencari rezeki dan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan.

Menerusi laporan daripada Berita Harian semalam, seorang graduan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen universiti itu.

Balas jasa ibu ayah

Siti Madihah Situah, 24 bukan sahaja menerima anugerah tertinggi tersebut malahan turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Ayah kerja tebar roti canai

Anak kepada penebar roti canai ini berkata, kemiskinan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga langsung tidak mematahkannya untuk terus berusaha. Kehidupan yang kurang berada itu telah menjadi pendorong untuknya terus belajar bersungguh-sungguh.

Jual nasi bungkus cari duit poket

Tambah gadis itu lagi, semasa belajar, dia melakukan beberapa kerja sambilan seperti memjual nasi bungkus di hadapan asrama demi membantu menambah duit poket agar tidak membebankan ibu bapa.

“Ketika belajar, saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan, antaranya berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama, kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian,” katanya.

Mak tumpang pakcik hadir konvo

Namun begitu, dia sedikit ralat kerana hanya ibu dan adik yang hadir ke majlis konvokesyennya kerana bapa berada dalam keadaan kurang sihat.

“Ibu dan adik menumpang kereta bapa saudara dari Tanjung Karang, Selangor untuk meraikan konvokesyen pada hari ini.”

Kejayaan yang dikecapai oleh Madihah sememangnya sangat mengharukan kerana usaha gigihnya membalas jasa ibu dan ayah ternyata berhasil.

Semoga kisah ini mampu menjadi inspirasi untuk para pelajar yang sedang berjuang bagi menamatkan pengajian. Tahniah!

Sumber: Berita Harian

Loading...

1 Comment

  1. Manoharan s/o Gopalan

    Tahniah.
    Semoga semua pelajar dapat tingkat usaha untuk memperoleh gred tertinggi.

Leave a Reply