Portal berita terbaik anda

Utama

Siswazah dibayar gaji minimum pada 2020, kata Jabatan Perangkaan

Siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan tahun 2020 memperoleh gaji permulaan lebih rendah berbanding mereka yang memasuki pasaran pekerjaan tahun sebelumnya, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Memetik laporan The Malaysian Insight, DOSM menyatakan bahawa majoriti siswazah memasuki pasaran pekerjaan tahun lalu menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah siswazah yang memasuki alam pekerjaan tahun lalu juga merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan lepasan graduan.

Kebanyakan siswazah memperoleh gaji hanya paras gaji minimum yang ditetapkan, RM1,200 pada tahun 2020. Jumlah tersebut adalah sama dengan gred gaji untuk lepasan diploma yang turut memperoleh antara RM1,001 hingga RM1,500.

Manakala, bagi lulusan PhD dan sarjana di sini dilaporkan memperoleh pendapatan bulanan antara RM5,0001 hingga RM10,000.

Menurut Kajian Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) 2021, jumlah pekerja di negara ini terus meningkat secara perlahan terutama dalam industri borong dan runcit, diikuti dengan pekerjaan di industri kesihatan, pekerjaan sosial dan bidang pendidikan.

Sementara itu, kadar pengangguran negara juga meningkat disebabkan operasi perniagaan yang lebih perlahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sehingga Januari 2021, kadar pengangguran meningkat kepada 4.9 peratus berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020.

Loading...

Leave a Reply