‘Suami sampai taknak pandang muka’ – Wanita dedah rumah tangga retak gara-gara sihir pemisah

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Atin Zainol berkongsi kisah dilema yang ditanggung apabila sihir.

Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga, namun dia dan suami telah diuji dengan perbuatan terkutuk tersebut.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, wanita itu meluahkan perasaan kecewa kerana suaminya tidak mahu melihat wajahnya langsung sehingga dia terpaksa menetap di rumah keluarga terlebih dahulu untuk berubat.

@atinzainol_Semoga allah panjangkan jodoh aku dan suami 😞♬ original sound – Nurinlofa 💗 – Nurinlofa ♡

Menurut Atin, apa yang membuatkannya yakin dirinya terkena sihir pemisah ialah dia didatangi mimpi aneh sedang mendukung bayi lelaki.

Bukan itu sahaja, suaminya seolah-olah tiada nafsu terhadap dirinya dan mudah marah walaupun hanya melibatkan perkara-perkara kecil.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi cadangan ikhtiar buat pasangan muda itu.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama sehingga hubungan bersama pasangan masing-masing diakhiri dengan perpisahan.

Loading...
Published
Categorized as Viral

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *